Kejahilan dalam penyelidikan saintifik Sosiologi kejahilan saintifik

Secara amnya, perkataan kejahilan mempunyai konotatif yang negatif, dan untuk suatu tempoh yang lama, kejahilan saintifik dilihat sebagai suatu perkara yang negatif semata-mata. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, orang ramai telah mula meninggalkan tanggapan idea ini, dan sebaliknya cuba mencari kegunaan atau aplikasi tentang keadaan kejahilan yang disengajakan. [2] Ini secara amnya dipanggil sebagai kejahilan yang berguna. Langkah pertama dalam mencari penggunaan kejahilan ialah menyedari bahawa kejahilan ialah sebuah perkara yang tidak dapat dielakkan. Seperti kata Matthias GrossĀ : "ilmu yang baru juga bermakna masih terdapat kejahilan". [3] Gross menambahkanlagi yang bahawa hubungan antara kejahilan dan kejutan. Kejutan mengenai sesuatu perkara boleh mendedahkan perkara yang tidak diketahui oleh para saintis dan ini membantu mereka menumpukan penyelidikan mereka untuk mendapatkan pengetahuan. Sebaliknya, kejahilan adalah suatu perkara yang boleh mencetus suatu kejutan, maka ini menjadikan kedua-duanya sebagai sebuah perkara yang saling berkait.

Pengemblengan kejahilan

Selaras dengan penggemblengan pengetahuan, yang merujuk kepada menggerakkan ilmu pengetahuan ke arah untuk mencapai suatu matlamat, konsep penggemblengan kejahilan telah diperkenalkan. "Pengemblengan kejahilan boleh difahami sebagai penggunaan kejahilan ke arah pencapaian suatu matlamat." [4] Konsep ini juga membuat perbezaan antara dua jenis kejahilan: (1) tidak berpengetahuan aktif ialah kejahilan yang secara sengaja atau tidak sengaja dan konteks ini selalunya dalam kejahilan mengenai ilmu sains; (2) tidak berpengetahuan yang terpendam ialah kejahilan yang tidak diambil kira. Yang terakhir lebih menyerupai pandangan lama tentang kejahilan, sebagai kekurangan pengetahuan. Pengemblengan kejahilan boleh dikatakan bertujuan untuk menukar komuniti tidak berpengetahuan terpendam kepada komuniti bukan berpengetahuan aktif. Strategi mengenai transformasi ini boleh digunakan pada masa hadapan dan memerlukan penyelidikan lanjut.

Kejahilan terkhusus

Kejahilan terkhusus ialah tanggapan bukan pengetahuan yang diketahui oleh saintis, dan mesti diubah menjadi pengetahuan dengan tujuan untuk mendapatkan pengetahuan lanjutan tentang sesuatu yang lain. "Menyedari sesuatu yang yang belum diketahui tetapi perlu diketahui adalah asas untuk mengejar lebih banyak pengetahuan". [5] Hal ini boleh membantu para saintis dalam menyediakan arah penyelidikan mereka, kerana ia menunjukkan perkara pra-kajian yang perlu dilakukan, sebelum melakukan penyelidikan utama.